
Malaysia berjaya elak ‘malapetaka’ melalui PKP penuh- Muhyiddin
PUTRAJAYA 15 Jun – Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat unjuran sekiranya PKP tidak dilaksanakan kes harian COVID-19 di negara ini boleh mencecah lebih 13,000 kes dan seluruh sistem kesihatan negara akan runtuh.
“Namun alhamdulillah, dengan pelaksanaan PKP Fasa Pertama ini kita dapat menyaksikan graf jangkitan kes COVID-19 telah mula menunjukkan trend melandai.
“Dengan mencatatkan 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei lalu iaitu kes harian tertinggi yang dicatatkan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara : Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat, hari ini.
Jelasnya, sistem kesihatan negara juga masih mampu menampung kes-kes baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi.
“Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil, ‘we have avoided a catastrophe’ (kita telah mengelakkan malapetaka),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...