
ADUN Rim pantau penduduk terkesan bencana ribut
RIM, 8 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad turun padang bagi meninjau permasalahan penduduk yang terlibat dalam bencana ribut, baru-baru ini.
Menurutnya, lawatan itu bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana di Taman Seri Kemendor yang terkesan akibat angin kuat hingga merosakkan atap rumahnya minggu lalu.
“Angin yang kuat minggu lepas mengakibatkan atap rumah penduduk diterbangkan angin.
“Kita datang untuk beri sumbangan, bantuan bencana alam pejabat daerah juga diberikan kepada pemilik untuk membaiki semula rumah yang rosak,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).
Jelasnya, Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rim juga turut menyalurkan sumbangan keperluan sementara bagi pemilik kediaman yang terlibat dalam bencana itu.
“Pihak Japerun juga akan usaha sendiri bantu dari segi keperluan harian, manakala bantuan bencana pejabat daerah turut diberikan bagi kerosakan bawah nilai RM1,000.
“Jika melebih RM1,000 kita akan minta bantuan kerajaan negeri menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terlibat,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 90 KEJAYAAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN
AYER KEROH 18 Mac - Tanggal 31 Mac depan genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...