
Olimpik Tokyo pertimbang longgar sekatan perjalanan atlet luar negara
TOKYO, 8 Julai – Jepun akan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan perjalanan atlet luar negara yang menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, lapor agensi berita Kyodo.
Kerajaan berpendapat satu sistem perlu diwujudkan bagi membolehkan atlet dan pihak berkaitan masuk ke Jepun andai situasi COVID-19 menyebabkan larangan masuk ke negara dan wilayah tertentu tidak dapat ditarik balik, memetik beberapa sumber pada Selasa.
Olimpik Tokyo sepatutnya berlangsung pada Mac tetapi terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19.
Olimpik kali ini dijangka disertai lebih 200 negara dan wilayah membabitkan 11,000 atlet.
Sejak Februari, Jepun telah memperketat sekatan perjalanan kepada pelawat luar sebagai sebahagian langkah kawalan sempadan untuk mencegah penularan COVID-19.
Setakat ini, rakyat daripada 129 negara dan wilayah dilarang masuk ke Jepun termasuk Algeria, Cuba dan Iraq.
Olimpik Tokyo dijadual berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan, diikuti kejohanan Paralimpik antara 24 Ogos dan 5 September.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 90 KEJAYAAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN
AYER KEROH 18 Mac - Tanggal 31 Mac depan genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...