
Inisiatif buat penghuni Rumah Budak Laki-laki jika berjaya
AYER KEROH 8 Julai – Kerajaan negeri memberi inisiatif buat penghuni Rumah Budak Laki-laki (RBL) Tun Abdul Aziz Durian Daun bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Latipah Omar berkata, anak-anak tersebut juga perlu dibimbing bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan.
“Majoritinya yang menghuni rumah ini adalah anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang keluarga.
“Selepas tamat perintah di sini, mereka yang masih ada ibu bapa boleh kembali ke rumah semula, manakala yang tiada boleh dijadikan sebagai anak angkat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MHI ketika ditemui di pejabatnya di Seri Negeri, baru-baru ini.
Ujarnya, anak-anak yang menghuni di rumah tersebut turut diberikan pendidikan yang sama dengan pelajar sekolah lain.
“Mereka diajar di sekolah seperti biasa, alhamdulillah rata-rata mereka yang tinggal di sini menunjukkan sikap yang baik selepas keluar,” katanya.
Terdahulu Latipah mengadakan lawatan ke Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz Durian Daun wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Melaka.
Rumah tersebut ditubuhkan pada 24 Julai 1935, setakat ini terdapat seramai 61 penghuni berumur dari 12 hingga 17 tahun.
Views:
Related
Berita Lain
OP BERSEPADU MBMB: 357 PREMIS DIPERIKSA, ENAM DISITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sebanyak 357 premis diperiksa dalam operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan di Pasar Besar MBMB Bachang, 13...
49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 19 Mac - Seramai 49 mualaf si bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya khatam al-Quran dalam bulan...
MELAKA PANTAU INFRASTRUKTUR AWAM SEPANJANG AIDILFITRI
LENDU 19 Mac - Kerajaan Negeri akan memastikan setiap infrastruktur awam dipantau serta diselenggara sepanjang perayaan Aidilfitri nanti. Timbalan Exco...
PEMBAYAR ZAKAT FITRAH RM15, RM22 MENINGKAT
PENGKALAN BATU 19 Mac - Jumlah pembayar zakat fitrah bagi pengguna beras Super Import dan basmati di negeri ini menunjukkan...
MELAKA TERUSKAN TRADISI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI 28 DUN
AYER KEROH 19 Mac - Penganjuran rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap diteruskan...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PRODUK PELANCONGAN BAHARU
AYER KEROH 18 Mac - Beberapa produk pelancongan baharu bakal memeriahkan sektor pelancongan negeri Melaka bersempena negeri ini bagi menggamit...