Lelaki melecur dalam insiden kebocoran gas oksigen di HKL
KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Jalan Tun Razak dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.
“Setibanya di lokasi pada 6.13 petang tadi, didapati berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan blok kejuruteraan HKL dan kepulan asap putih memenuhi lokasi kejadian.
”Punca kejadian dipercayai daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7,000 liter yang membawa bekalan gas oksigen telah bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki di HKL,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah berjaya menutup paip penyambungan itu dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
“Lelaki yang mengalami kecederaan melecur itu dihantar ke unit kecemasan HKL untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...
SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
AYER KEROH 8 Januari - Sembilan cedera termasuk seorang pemandu bas parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di...