Sorting by

×

Bekas penolong Setiausaha Agung FAM, Noor Kefli Sulong meninggal dunia

Masa Membaca:51 Saat

KUALA LUMPUR 12 Jun – Bekas penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Kefli Sulong, meninggal dunia pada usia 65 tahun awal pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh badan induk bola sepak negara itu menerusi kenyataan di Facebook rasminya dan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.

Menurut kenyataan itu Noor Kefli yang berasal dari Pahang, berkhidmat selaku penolong Setiausaha Agung FAM dari 2005 hingga 2006.

“Arwah juga pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi Malaysian Super League (MSL) Sdn Bhd, iaitu cawangan pemasaran FAM.

“Selain itu, Noor Kefli juga terbabit dalam pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur sejak awal 1990-an dan menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum menceburi pentadbiran bola sepak selaku Pengarah Futsal Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” kata kenyataan itu.

Menurut FAM lagi, Allahyarham juga pernah menjawat tugas Pengarah Teknikal Persatuan Jurulatih Bolasepak Kuala Lumpur.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa roh Allahyarham Noor Kefli dan memuliakan kematiannya dengan menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal yang abadi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

939
Kongsi :
Previous post COVID: 5,793 kes baharu
Next post Bola sepak kerja berpasukan, jangan salahkan permain tertentu- Cheng Hoe
Ubah saiz-+=