
‘Ape ke hey yong, merewang pakai gelang pink’
IPOH 10 Jun – Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) COVID-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin.
“Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau berkata wanita itu dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video itu.
Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
REMAJA OKU HILANG DITEMUI DI SUNGAI PETANI
AYER KEROH 7 April - Remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Taman Rambai Jaya, di...
FRANCISSCA PETER BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING
TABOH NANING 7 April - Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Francissca Peter, bakal memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT PADA 25, 28 DAN 29 APRIL INI
KUALA LINGGI 7 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas akan diadakan pada 25,...
TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
KUALA LINGGI 7 April - Projek tambakan laut bagi mengatasi masalah hakisan berlaku di Pantai Telok Gong di Dewan Undangan...
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...