Sorting by

×

Melaka sasar 200 sukarelawan MyVac – Mohd Rafiq

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BUKIT KATIL 8 Jun – Kerajaan negeri menyasarkan seramai 200 sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) akan ditempatkan di semua Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden berkata, setakat ini seramai 119 sukarelawan MyVac telah ditempatkan di enam PPV sedia ada.

MOHD Rafiq semasa melawat PPV di Dewan Tun Ali Bukit Katil hari ini.

“Di Melaka setakat ini ada enam PPV dan dijangka pada 16 Jun ini jumlah PPV akan bertambah kepada 14 PPV.

“Kita jangka jumlah sukarelawan akan bertambah kepada 200 bila ada penambahan PPV nanti, setakat ini di Melaka ada 119 sukarelawan MyVac dan kita tempatkan 12 sukarelawan di setiap PPV yang ada.

“Setakat ini kita menerima 1,437 pendaftaran untuk menjadi sukarelawan ini, namun hanya 209 sahaja yang telah lengkap menghantar pengisian ‘profile’ mereka,” katanya sambil menambah setiap individu mendaftar akan ditapis dahulu untuk memastikan mereka benar-benar layak menjadi sukarelawan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPV Dewan Tun Ali di sini, hari ini.

Mohd Rafiq menyarankan supaya belia di negeri ini yang tidak mempunyai pendapatan tetap semasa penularan COVID-19 berdaftar untuk menjadi sukarelawan MyVac.

“Sukarelawan MyVac yang bertugas setiap hari akan dibayar elaun RM50.

“Daripada belia menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan, eloklah terlibat sebagai sukarelawan MyVac sambil mendapat sedikit pendapatan dan membuat kerja-kerja kebajikan,” katanya.

PENERIMA vaksin menunggu giliran masing-masing untuk disuntik dengan vaksin COVID-19.

Katanya setakat ini 119 sukarelawan MyVac di Melaka telahpun melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebelum mereka berkhidmat sebagai sukarelawan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

415
Kongsi :
Previous post Sultan Selangor zahir kekecewaan terhadap golongan antivaksin
Next post Minyak masak peket kini jadi rebutan
Ubah saiz-+=