
Tidak pakai pelitup muka, sembilan pekerja penghantar barang dikompaun
ARAU 7 Jun – Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini hari ini dikenakan kompaun, selepas kesemua mereka didapati tidak memakai pelitup muka, kata Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof.
Beliau yang mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu berkata, sepasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, telah melakukan pemeriksaan terhadap pekerja penghantar barang di Jejawi, Arau pada 1.30 tengah hari tadi.
“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan daripada 40 pekerja tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Nanda berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tegas mengeluarkan kompaun RM1,500 bagi sembilan orang pekerja penghantar barang berumur 20 hingga 30 tahun itu, dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19.
Kompaun itu katanya, dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...
CUMA 20 PERATUS PEGAWAI, ANGGOTA BOMBA MELAKA DIBENARKAN CUTI RAYA
JASIN 10 Mac - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan 496 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
REZEKI ORANG DUYONG KIAN MELIMPAH
BANDARAYA MELAKA 11 Mac - Pelbagai program berbentuk keagamaan dan kerohanian yang memberikan manfaat kepada penduduk, khusus golongan kurang berkemampuan...
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....