
‘Jangan main tuduh-tuduh’ -Mohd Rafiq
BUKIT RAMBAI 7 Jun – “Pihak yang menuduh perlu kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan ada perbuatan pilih kasih dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan kenamaan (VIP).”
Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang PH Adly Zahari mengenai kerajaan negeri mengutamakan pemberian vaksin terhadap golongan itu.
“Saya tak tahu berkenaan hal tersebut, saya tak dimaklumkan berita tersebut…saya rasa elok ditanya kepada pihak yang menuduh.
“Pihak yang menuduh itu perlu membuktikan tuduhan dan jangan secara semborono kerana perkara tidak ada asas,” katanya kepada pemberita hari ini.
Jelasnya, sebagai mantan Ketua Menteri Melaka, Adly perlu mengemukakan bukti menunjukkan ada perbuatan pilih kasih dalam pemberian vaksin kepada golongan VIP seperti yang disebutkan.
“Bukti itu ada pada beliau bukan pada saya, saya tidak tahu menahu tentang tuduhan dan apa tomahan yang dikemukakan oleh beliau (Adly),” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...
KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: PENILAIAN AKHIR FIZIKAL KEDIAMAN TERJEJAS SELESAI – KP BOMBA
KUALA LUMPUR 6 April - Kerja-kerja penilaian akhir fizikal bagi kediaman terjejas insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang...
AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI KEBANYAKAN NEGERI SEHINGGA 5 PETANG
KUALA LUMPUR 6 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang...