
3,000 bakul makanan bakal diagihkan buat golongan belia – Mohd Rafiq
BUKIT RAMBAI 7 Jun – Sebanyak 3,000 bakul makanan bakal diagihkan kepada golongan belia yang terkesan pandemik COVID-19 di negeri ini pada minggu hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden berkata, inisiatif itu antara pelbagai usaha direncana kerajaan negeri dengan memfokuskan bantuan kepada belia dalam kategori B40.
“Saya sudah mengadakan perbincangan bersama Melaka Youth Development Corporation (MYDC) bagi pembangunan belia di negeri ini.
“Ini termasuklah merangka inisiatif berbentuk bakul makanan dengan peruntukan RM50 bagi setiap bakul atau jumlah keseluruhannya RM150,000 untuk 3,000 bakul makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas inisiatif Kedai Prihatin Rakyat Drive-Thru DUN Paya Rumput di Taman Rambai Jaya hari ini.
Jelasnya, pihaknya akan bekerjasama dengan pimpinan masyarakat untuk pengagihan bakul makanan itu ke akar umbi.
“Bakul ini mula diedarkan minggu depan, permohonan bantuan melalui pimpinan masyarakat dan NGO yang berkaitan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...
KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: PENILAIAN AKHIR FIZIKAL KEDIAMAN TERJEJAS SELESAI – KP BOMBA
KUALA LUMPUR 6 April - Kerja-kerja penilaian akhir fizikal bagi kediaman terjejas insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang...
AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI KEBANYAKAN NEGERI SEHINGGA 5 PETANG
KUALA LUMPUR 6 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang...