
Nauraj cemerlang di Hungary
KUALA LUMPUR 7 Jun – Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa muncul juara Grand Prix (GP) Hungary Siri Tatabanya berlangsung di Stadium Grosics Gyula semalam.
Nauraj, 29, menyempurnakan lompatan 2.27 meter (m) yang juga catatan terbaik beliau musim ini.
Atlet yang menjalani latihan di Leipzig, Jerman itu mengenepikan Vasilious Konstantinou dari Cyprus di tempat kedua dengan catatan 2.23m diikuti Sylwester Bednarek dari Poland di tempat ketiga dengan 2.20m.
Nauraj adalah pemegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi dengan 2.30m yang dilakukannya pada Terbuka Singapura 2017.
Pada Januari lalu, Nauraj memperbaharui rekod kebangsaan miliknya di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Vienna 2021 di Austria dengan lompatan 2.20m, mengatasi rekod sebelumnya 2.19m dilakukannya pada 2019.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....