
Peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan Feb, Mac 2022 – KPM
PUTRAJAYA 6 Jun – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada tahun depan, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini.
Beliau berkata ujian lisan dan amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022 manakala peperiksaan bertulis pada Mac 2022.
Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu setelah mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.
“Pengalaman KPM mengurus SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh atau tarikh peperiksaan 2021 ke 2022 dan yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan berjalan lancar seperti yang dilaksanakan pada SPM 2020,” katanya pada sidang media secara maya mengenai pengoperasian sekolah di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...