
Inisiatif CERDIK: Lagi 40,290 komputer riba diagihkan Jun ini
KUALA LUMPUR 6 Jun – Sebanyak 40,290 komputer riba disasar akan diagihkan selewatnya pada Jun ini menerusi inisiatif pembangunan pembelajaran digital jangka panjang dikenali sebagai CERDIK.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, inisiatif dimanfaatkan golongan murid daripada isi rumah B40 terpilih seluruh negara itu akan diagihkan berperingkat secepat yang mungkin mengikut situasi semasa penularan COVID-19.
Katanya, dalam inisiatif agihan 150,000 komputer riba buat golongan itu diseluruh negara, kerajaan telah berjaya mengagihkan sebanyak 12,887 unit menerusi 95 buah sekolah membabitkan di bawah 51 Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara.
Ujarnya, pengagihan gajet itu akan dilaksanalan secara berperingkat dan selebihnya dengan sasaran 96,000 unit akan diagihkan sepenuhnya sebelum September tahun ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pengoperasian sekolah yang disiarkan langsung di saluran televisyen dan media sosial di sini pagi ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...