
Dua pusat kuarantin di Melaka ditutup
AYER KEROH 6 Julai – Dua pusat kuarantin Covid-19 di negeri ini yang menempatkan individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari ditutup sepenuhnya.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, dua pusat kuarantin itu telah ditutup daripada beroperasi sejak dua minggu lalu.
Katanya, pesakit yang masih mendapatkan rawatan Covid-19 masih ditempatkan di Hospital Besar sehingga pulih sepenuhnya.
“Dua pusat itu iaitu Pusat Kecemerlangan, Kejuruteraan dan Teknologi JKR di Alor Gajah (CREaTe) dan pusat kuarantin Covid-19 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Jasin telah ditutup sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Negeri Kembali Hijau Dari Jangkitan Covid 19 di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menubuhkan jawatankuasa khas bebas Covid-19 di peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Bukan sahaja di peringkat negeri, malah jawatankuasa bebas Covid-19 di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) akan tetap diteruskan sehingga kita mendapat vaksin,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...