Kerajaan Melaka bangunkan aplikasi Jejak Asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat
APLIKASI Jejak Asnaf

SERI NEGERI 3 Jun – Kerajaan Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi ‘Jejak Asnaf’ yang bertujuan memudahkan orang ramai salur maklumat mengenai individu yang memerlukan bantuan kebajikan di bawah saluran dana zakat Negeri Melaka.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi MAIM Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, dengan adanya aplikasi tersebut, proses kerja penyaluran kebajikan akan menjadi lebih efisien, ditambah pula penglibatan langsung rakyat dari segi penyaluran maklumat.

“Dengan menggunakan aplikasi ini, proses kerja yang lebih efisien dapat dilaksanakan iaitu penyampaian maklumat berkaitan kebajikan rakyat akan disampaikan terus kepada
agensi yang berkaitan melalui penglibatan langsung rakyat agar dapat mengurangkan keciciran golongan yang memerlukan bantuan.

“Lima fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini termasuklah pendaftaran pengguna; semakan asnaf; pengisian maklumat asnaf; semakan status maklumat/aduan serta infografik berkaitan aduan,” katanya menerusi satu kenyataan rasminya sebentar tadi.

Dalam pada itu ujarnya, menerusi perlaksanaan terbabit ia sekali gus mampu mengurangkan beberapa kes viral yang dibuat tanpa menyemak status individu berlaku selain sebagai saluran kemudahan bagi penyampaian maklumat berkaitan individu susah.

Menurutnya, ia turut mewujudkan saluran kemudahan kepada rakyat yang prihatin terhadap kesusahan asnaf dan mampu meningkatkan cara kerja lebih efisien dan sistematik serta boleh digunakan sesiapa dan di mana sahaja.

“Malah, individu yang memerlukan bantuan juga boleh membuat permohonan untuk diri sendiri melalui Aplikasi Jejak Asnaf MAIM dengan menyertakan maklumat asas, aduan ringkas, kategori bantuan diperlukan dan maklumat gambar
asnaf, sebelum rekod aduan akan disiasat oleh petugas MAIM
untuk diproses.

“Aplikasi Jejak Asnaf MAIM ini boleh dimuat turun di platform Play Store (Android) dan bakal menyusul di Apple Store (iPhone).

“Antara proses yang terlibat dalam aplikasi ini adalah pendaftaran maklumat pengguna aplikasi Jejak Asnaf MAIM; semakan nama asnaf berdaftar dengan MAIM atau tidak; menghantar maklumat asnaf yang memerlukan bantuan; menyemak status maklumat yang telah dihantar sama ada telah
diproses, berjaya atau gagal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1307
Kongsi :
Previous post FAMA Melaka bantu pasarkan 10 tan metrik tembikai Terengganu
Next post COVID-19: Kadar peratusan vaksinasi Malaysia lepasi negara jiran – Khairy
Ubah saiz-+=