
Agong zahir takziah kepada keluarga Lim Kok Wing
KUALA LUMPUR 2 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Lim Kok Wing atas pemergian pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing itu.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara malam tadi, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarganya bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.
“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan dunia pendidikan inovatif negara,” demikian menurut kenyataan itu.
Semalam, Lim meninggal dunia pada usia 75 tahun dan berita mengenai kematian itu dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan.
Sebelum ini, tokoh itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...