Cedera rakan guna besi, pengurus pasar raya didenda RM4,000
KUALA LUMPUR 31 Mei – Gara-gara berlaku perselisihan faham dengan rakannya, seorang pengurus di sebuah pasar raya hari ini didenda RM4,000 atau dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, kerana mencederakan muka mangsa menggunakan sebatang besi.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman ke atas Ho Siew Long, 66, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap pemandu lori R. Saravanakobe, 45, di kawasan pemunggahan barang di sebuah pasar raya di Gombak pada 6.30 petang, 4 Mei lalu.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.
Difahamkan, mangsa mengalami calar di bahagian muka.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Shafie memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira kecederaan dialami mangsa, namun peguam M. Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh merayu hukuman denda minima atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...
INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
DURIAN TUNGGAL 21 Disember - Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan penuh terhadap inisiatif menambah baik pemulihan intervensi awal kebajikan, keselamatan...