Sorting by

×

Dakwaan hina Agong: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak direman dua hari

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 30 Mei – Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman Youtube yang didakwa berbaur hasutan serta menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam semalam, susulan laporan polis yang diterima.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak 18 laporan,” katanya kepada Bernama hari ini.

PEMANGKU Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar. Foto Sinar Harian.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini berkata, Iswardy hanya seorang anggota biasa parti yang tidak memegang sebarang jawatan dalam hiraki kepimpinan parti tersebut.

Menurutnya kenyataan yang dibuat tidak mewakili parti bekenaan, malah video yang disiarkan sebelum ini juga pernah dibangkit dan dibincang dalam Biro Politik parti itu, selain amaran keras telah diberikan jika mengulangi perkara sama.

“Namun, oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia, Keadilan akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau,” demikian menurut kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

586
Kongsi :
Previous post 98 kematian akibat COVID-19, satu detik hitam buat Malaysia – Dr Noor Hisham
Next post Tiada kaki pacing, nelayan hilang pendapatan sampingan
Ubah saiz-+=