
Agong,raja permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan
KUALA LUMPUR 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar perayaan Pesta Kaamatan yang merupakan hari bermakna kepada masyarakat Kadazandusun, disambut dengan kebiasaan baharu yang mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
Istana Negara dalam satu kenyataan yang dipaparkan dalam Facebook rasmi berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar perayaan Pesta Kaamatan akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan rakyat di negara ini.
Masyarakat Kadazandusun di Sabah akan menyambut Pesta Kaamatan hari ini dan esok.
“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak COVID-19 dengan bersama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Lindungi diri, lindungi semua,” titah Seri Paduka Baginda berdua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...