Sorting by

×

Lebih 800 sekatan jalan raya seluruh negara mulai 1 Jun

Masa Membaca:44 Saat

PUTRAJAYA 29 Mei – Jumlah sekatan jalan raya seluruh negara akan itambah daripada 600 kepada lebih 800, bermula Selasa depan (1 Jun), menurut portal Berita Harian sebentar tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ia susulan pelaksanaan Fasa Pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown).

Selain itu, beliau berkata, pemeriksaan mengejut juga akan dilaksanakan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bersama beberapa agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

HAMZAH

“Pemeriksaan mengejut itu akan dilakukan di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berkaitan pelaksanaan Fasa Pertama sekatan pergerakan penuh itu di KDN, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, kira-kira 70,000 anggota polis dan agensi bawah KDN juga akan ditugaskan sepanjang tempoh terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

394
Kongsi :
Previous post 284 lokasi seluruh negara disanitasi besar-besaran – Zuraida
Next post Harga roti Gardenia tidak naik – Rosol
Ubah saiz-+=