Sorting by

×

Lokasi ‘hotspot’ lengang

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDA HILIR 29 Mei – Suasana di pusat beli-belah utama di sini hari ini didapati lengang tanpa kehadiran ramai pengunjung seperti minggu sebelum ini.

Tidak seperti kebiasaan, tidak ramai pengunjung yang memasuki pusat beli-belah utama negeri ini ekoran nasihat kerajaan agar kekal di rumah.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kawasan parkir kenderaan di hadapan pusat beli-belah Dataran Pahlawan juga tidak dipenuhi dengan kenderaan, malah beberapa premis perniagaan di sekitar kawasan tersebut juga sudah mula tidak beroperasi.

KEADAAN jalan utama di hadapan Dataran Pahlawan juga agak lengang hasil tinjauan MHI pada tengah hari tadi.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah pengunjung tidak bertambah dan pengunjung yang ada hanya mengambil masa yang singkat membeli barangan keperluan, kemudian beredar pulang dengan segera.

Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah terkenal negeri ini yang ingin dikenali sebagai Ari, 52, berkata, setakat ini setiap pengunjung yang hadir mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan hampir kesemua mereka hanya mengambil masa yang singkat membeli barangan yang diperlukan.

“Rata-rata pengunjung yang memasuki pusat beli-belah ini akur dengan setiap SOP yang ditetapkan dan tiada sebarang kes mengingkari pematuhan SOP direkodkan setakat ini.

“Malah pihak kami yakin hari ini tidak akan berlaku sebarang pembelian barangan secara panik,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP Penuh (total lockdown) selama 14 hari bermula 1 Jun depan sebagai langkah bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin serius menghantui negara.

Susulan itu, sepanjang tempoh tersebut semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu dibenarkan sepanjang tempoh itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

441
Kongsi :
Previous post Belum ada data rakyat terkesan diterima – Norhizam
Next post 284 lokasi seluruh negara disanitasi besar-besaran – Zuraida
Ubah saiz-+=