Sorting by

×

COVID-19: 3 kematian membabitkan warga emas di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Melaka kekal merekodkan kes kematian harian akibat COVID-19 sejak seminggu lalu dengan kes hari ini membabitkan tiga warga emas.

Jabatan Kesihatan negeri (JKN) menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini menjelaskan kes kematian itu membabitkan dua wanita berusia 69 dan 83 tahun serta lelaki berusia 53 tahun.

Menurut JKN, dua individu direkodkan merupakan penghidap penyakit kronik telah menerima jangkitan wabak itu di negeri ini.

“Kes pertama membabitkan lelaki berusia 53 tahun di Mukim Kelemak, Alor Gajah yang mempunya sejarah penyakit darah tinggi dan obesiti.

“Kes mempunyai kontak kerja kes positif di Subang Jaya, Selangor.

“Bagi kes kedua, membabitkan wanita berusia 83 tahun di Mukim Kemuning, Alor Gajah yang dikesan positif melalui saringan kontak rapat keluarga (Kluster Kemuning). Kes tidak mempunyai sebarang
penyakit,” katanya.

Menurut JKN, kes ketiga membabitkan wanita berusia 69 tahun dari Mukim Sungai Baru Tengah, Alor Gajah yang mempunyai latar belakang
penyakit kencing manis, darah tinggi, kerosakan buah pinggang
tahap tiga, dementia kronik dengan psikosis dan strok.

“Kes merupakan kontak rapat keluarga dengan anaknya yang juga pesakit positif covid-19 dari Kluster Air Budi (Alor Gajah,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 380 kes positif COVID-19 baharu direkodkan pada hari ini membabitkan 375 kes jangkitan tempatan dan lima kes import.

Dalam jumlah keseluruhan kes positif Melaka Tengah tertinggi dengan 211 kes diikuti Alor Gajah (142 kes) dan Jasin (27 kes).

Bagaimanapun, tiada kluster baharu direkodkan di negeri ini biarpun negara merekodkan 21 kluster baharu hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

409
Kongsi :
Previous post Masjid, surau di Melaka perdengarkan bacaan Yasin mohon perlindungan rakyat
Next post PKPD di Kampung Lubuk Redan dilanjutkan seminggu hingga 5 Jun
Ubah saiz-+=