Covid: Malaysia catat kes harian tertinggi dengan 7,857 kes
Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lalu dan menjadikan kumulatif kes sebanyak 541,224.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dalam laman Twitternya hari ini memaklumkan, Selangor masih menjadi negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 2,675 kes diikuti Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Kedah (441) dan Pulau Pinang (365).
Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 353 kes, Terengganu (282), Pahang (238), Melaka (234), Perak (228), Sabah (217), Labuan (170), Putrajaya (12) dan enam kes di Perlis.
Pada 14 Mei lalu, Dr Noor Hisham menerusi lampiran graf pemodelan dan ramalan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih 8,000 kes sehari menjelang bulan depan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM120 JUTA TAHUN 2024
AYER KEROH 19 Disember - Melaka merekodkan kutipan zakat lebih RM120.3 juta setakat 18 Disember, meningkat sebanyak 4.223 juta atau...
MASUK PERCUMA, MACAM-MACAM ADA DI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Orang ramai berpeluang mengunjungi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) secara percuma bagi mendapatkan produk-produk...
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...