KPDNHEP laksana Op Had 2J, pantau keberadaan pelanggan dalam premis perniagaan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PUTRAJAYA 26 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menggerakkan operasi had maksimum dua jam (Op Had 2J), bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan had masa maksimum keberadaan pelanggan di premis perniagaan.

Menurut kenyataan KPDNHEP hari ini, Op Had 2J akan menumpukan pada pasar raya, kompleks beli-belah, pasar tani, pasar malam dan lain-lain premis yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga ‘hot spot’ pelanggan.

“Untuk memastikan keberkesanan had masa maksimum ini, orang ramai digalakkan merancang perjalanan dan menyenaraikan barangan yang ingin dibeli terlebih dahulu. Mereka juga digalakkan untuk segera beredar dari premis sekiranya telah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan.

“Tujuan Op Had 2J ini diadakan termasuk untuk mengelakkan kehadiran terlalu ramai pelanggan yang akan menyebabkan berlakunya kesesakan dan pelanggan lain terpaksa menunggu masa yang lebih lama,” demikian menurut kenyataan itu.

Seramai 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara akan terbabit dalam operasi yang turut melibatkan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut KPDNHEP, pelanggan yang didapati melanggar had masa maksimum akan dikenakan kompaun berdasarkan kuasa kompaun yang telah diberikan kepada kementerian itu.

“Selain daripada pematuhan had masa maksimum dua jam, semua pihak, sama ada pengguna dan peniaga, perlu mematuhi SOP-SOP lain yang sedia ada.

“KPDNHEP juga memohon kerjasama pihak pengurusan kompleks, pasar raya, agensi dan sebagainya supaya memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap perkara ini,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

620
Kongsi :
Previous post MAQIS rampas 25 tan daging dari Australia tiada logo halal
Next post 935,865 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam
Ubah saiz-+=