Polis buka kertas siasatan Tajuddin tidak pakai pelitup muka
KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka semasa sidang media di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua pihak yang terbabit dalam kes tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
“Pihak kami akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil mengikut undang-undang dan peraturan berkuat kuasa, katanya.
Klip video yang menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka pada sidang media itu tular menerusi media sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...