
Rawatan mangsa kemalangan LRT tidak jejas wad COVID-19 di HKL- Dr Adham
Beliau berkata, 64 mangsa yang cedera dalam insiden semalam itu ditempatkan di wad HKL, dengan enam daripada mangsa kritikal manakala tiga memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator) dan tiga lagi berada di bilik pembedahan.
“Wad COVID-19 di HKL tidak terganggu dan masih boleh menggunakan kemudahan peralatan perubatan sedia ada.
“Ventilator sudah diagihkan untuk kes tertentu di wad COVID-19, unit rawatan rapi (ICU) dan kritikal. Ini tidak mengganggu kegiatan biasa dan kegiatan merawat pesakit COVID-19,” katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama-sama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini.
Dua tren LRT laluan Kelana Jaya, sebuah membawa penumpang dan sebuah lagi tren rosak yang sedang dipandu uji telah bertembung dalam kejadian pada 8.45 malam semalam di kawasan terowong antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, menyebabkan 213 penumpang cedera.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

