Sorting by

×

UTeM Future Fuel Design Training Centre iktiraf kepakaran automotif

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

Durian Tunggal 25 Mei – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerokai penyelidikan bidang automotif bertaraf global menerusi penubuhan UTeM Future Fuel Design Training Centre baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, pusat itu menawarkan program latihan yang menarik kepada peserta dalam kalangan industri dan akademik yang berkaitan.

“Penubuhan bersama ERASMUS United ini menjadi sebahagian daripada kejayaan UTeM menerusi Projek Geran Penyelidikan Antarabangsa ERASMUS United.

“Geran ini mewujudkan Engineering Knowledge Transfer Unit (EKTU) dilengkapi dengan peralatan latihan sistem pengurusan bahan bakar terkini yang memfokuskan teknologi suntikan diesel,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jelasnya, industri automotif di Malaysia memainkan peranan penting dan menjadi satu daripada penyumbang terbanyak daripada nilai pembangunan kasar (GDP).

“UTeM bertuah kerana diberi kepercayaan menjadi rakan kongsi untuk menerokai penyelidikan membangunkan bidang automotif bertaraf global, di samping pasaran yang luas dan berpotensi untuk terus diterokai sepenuhnya.

“Pihak universiti mengambil peluang itu untuk menyerlahkan lagi kepakaran penyelidikan automotif ke tahap yang lebih,” katanya.

Raha berkata, ia termasuk menjana peluang dan ruang kebolehpasaran graduan UTeM yang lebih berprestij dalam bidang automotif.

Katanya, projek tersebut dibiayai menerusi peruntukan geran RM4,970,162.03 untuk tempoh 36 bulan bermula Januari 2019 hingga Januari 2022.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr. Ghazali Omar dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Ts. Dr. Noreffendy Tamaldin yang juga Ketua Projek Geran Penyelidikan Antarabangsa UTeM United Erasmus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

693
Kongsi :
Previous post Vaksin COVID-19: KPWKM nafi abaikan warga emas di pusat jagaan
Next post Penutupan PPDNHEP Melaka tidak ganggu kelancaran operasi penguatkuasaan
Ubah saiz-+=