
KM luangkan masa bersama penduduk Bukit Katil

AYER KEROH 4 Julai – Disebalik kesibukan kerja, Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali turut meluangkan masanya pagi tadi bersama para penduduk Bukit Katil.
Ketika rata-rata rakyat Melaka nyenyak dibuai mimpi, Sulaiman memulakan aktivitinya dengan menunaikan solat Subuh bersama penduduk Kampung Tun Razak di Masjid Ar-Rahmah.
Menerusi perkongsian foto di laman Facebook, Sulaiman dilihat mengetepikan protokol dengan menunggang sendiri motor jenis Yamaha Y15ZR dari Seri Bendahara ke masjid berkenaan yang terletak kira-kira lima kilometer ke lokasi.
“Assalamualaikum, pagi ini saya berpeluang menunggang motosikal untuk menunaikan solat Subuh dari Seri Bendahara ke Masjid Ar Rahmah, Kg Tun Razak.
“Alhamdulillah, ramai juga jemaah menunaikan solat Subuh yang diimamkan Ustaz Suhaimi. Saya bersama jemaah juga sempat mendengar kuliah subuh disampaikan Ustaz Che Zamzam Che Man,” katanya menerusi kiriman Facebook pagi tadi.
Beliau dalam masa sama, turut menyampaikan bantuan kepada para jemaah yang hadir.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
YPM PERUNTUK RM30 JUTA LAKSANA PROGRAM BANTUAN, AKSES PENDIDIKAN TAHUN INI
ALOR GAJAH 27 April - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan kira-kira RM30 juta bagi melaksanakan pelbagai program bantuan dan akses...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...