Sorting by

×

Kluster Terendak Permai berpunca daripada sporadik

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SUNGAI UDANG 24 Mei – Surau di Taman Terendak Permai, di sini sudah ditutup kepada anak kariah taman berkenaan sejak Jumaat lalu berikutan 24 kes positif COVID-19.

Ia berikutan Kluster Terendak Permai dicatatkan yang dipercayai berpunca daripada kes sporadik.

Tinjauan di taman itu hari ini mendapati suasana tenang dengan kebanyakan penduduknya menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) berkata, kes berkenaan dikesan berlaku di surau taman itu sebelum merebak dalam kalangan kontak keluarga dan sosial.

Kes sporadik adalah seseorang yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak berhubung dengan kontak rapat COVID-19 tetapi disahkan positif.

“Sebanyak 24 kes positif, tiga negatif dan 190 masih menunggu keputusan ujian calitan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Mat berkata, dia sudah menjalani ujian calitan pada Jumaat lalu dan masih menunggu keputusan.

“Kami diminta hadir di surau untuk menjalani ujian calitan
Jumaat lalu sebelum memakai gelang merah jambu dan sekarang masih menunggu keputusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, sejak menjalani proses kuarantin di kediamannya, dia mengambil makanan diberikan bapa saudaranya dengan cara meninggalkannya di pintu pagar rumahnya.

Katanya, setiap kali ingin memakan nasi ayam atau mi bandung, dia akan menghubungi bapa saudaranya yang tidak keberatan menghantar makanan dengan kaedah itu.

“Saya berdoa agar Allah menghindarkan saya daripada pandemik COVID-19 yang amat berbahaya dan setiap waktu yang terluang saya isi dengan berzikir,” katanya.

Kes dalam Kluster Terendak Permai adalah sebahagian daripada 209 kes positif yang dicatatkan di negeri ini semalam dengan 199 adalah kes tempatan manakala kes import (9) dan banduan OKT (1).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1362
Kongsi :
Previous post ‘Mak buka mata mak, mengucap mak, ampunkan mak ya Allah’
Next post Selamat bertugas YB!
Ubah saiz-+=