
COVID: Pelajar, kakitangan SEMESTA diminta jalani saringan
KUANTAN 22 Mei – Semua pelajar dan petugas Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) di Raub serta ahli keluarga mereka diminta menjalani ujian saringan COVID-19 secepat mungkin.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan ini kerana pihaknya telah mengenal pasti penularan yang berpunca daripada sekolah berkenaan.
“Sehubungan itu, semua individu terlibat diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk janji temu bagi ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan,” menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa itu berharap semua pihak dapat memberi kerjasama demi keselamatan rakyat negeri ini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...