Sorting by

×

Dua pekerja terselamat, lori sampah terbakar

Masa Membaca:49 Saat

IPOH 22 Mei. – Dua pekerja pembersihan terselamat selepas sebuah lori sampah milik syarikat swasta musnah dalam kebakaran di Jalan Besar Simpang, Taiping kira-kira 60 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira jam 4.50 pagi.

ANGGOTA JBPM Taiping berusaha memadam kebakaran lori sampah. Foto- JBPM.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah sebanyak 60 peratus.

“Dua pekerja sedang bertugas mengutip sampah di kawasan tersebut semasa kejadian, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang tidak mendedahkan berkaitan umur dan status kewarganegaraan pekerja tersebut.

PADAM…anggota JBPM Taiping memadamkan sisa kebakaran pada lori sampah.

Beliau berkata operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi dan punca kejadian masih disiasat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

883
Kongsi :
Previous post Kereta bawa mercun meletup, mayat pemandu tercampak 20 meter
Next post KPDNHEP kenakan kompaun berjumlah RM64,050 sepanjang SHMMP HRP 2021
Ubah saiz-+=