Sorting by

×

Tiada pemotongan bekalan elektrik di rumah ada tunggakan tidak lebih enam bulan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PUTRAJAYA 21 Mei – Tiada pemotongan bekalan elektrik akan dilaksanakan di rumah kediaman di Semenanjung Malaysia yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata inisiatif kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Bhd untuk membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, dianggarkan bakal memanfaatkan 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

Bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka, Shamsul Anuar berkata Pelan Bayaran Mudah turut dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

“Diharapkan inisiatif ini akan dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 21 Disember lalu, Shamsul Anuar berkata kerajaan bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac ini.

Pengguna domestik turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama enam bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun, sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

646
Kongsi :
Previous post IHP April naik 4.7 peratus- Tertinggi sejak 2018
Next post Gencatan senjata Israel-Hamas: Hishammuddin gesa tumpu bantuan kemanusiaan
Ubah saiz-+=