Sorting by

×

Vaksin COVID-19 : Pemain industri pelancongan perlu diberi keutamaan

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 19 Mei. – Pemain industri pelancongan di negeri ini meminta supaya diberikan keutamaan suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) Madeline Kuah Wey Lee berkata, ia bagi memastikan sektor pelancongan di  negeri ini terjamin sekali gus menarik lebih ramai pelancong selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditamatkan.

 

MADELINE…beri keutamaan vaksin COVID-19 pada pemain industri pelancongan.

“Semua pemain industri perlu diutamakan dalam pemberian vaksin, bagi meningkatkan keselamatan sektor pelancong pada masa akan datang selain meyakinkan pengunjung ke negeri ini.

“Kita harap kerajaan negeri akan bagi vaksin kepada pemain industri termasuk kakitangan hotel, restoran serta agen pelancongan,” katanya kepada MHI.

Katanya, walaupun Melaka antara negeri yang mengalami situasi sektor pelancongan yang tenat, namun usaha untuk mengekalkan sektor itu agar tidak lumpuh tetap diteruskan.

“Melaka juga alami situasi sektor pelancongan tenat sebab kita tak boleh pergi ke mana-mana, rentas negeri tak boleh, rentas daerah pun tak boleh.

“Sebab itu perancangan kita kalau PKP 3.0 tamat kita masih teruskan porgram dengan memberi diskaun 50 peratus kepada pengunjung.

“Kerajaan juga perlu beri lanjutan moratorium, sokongan kewangan dan subsidi program kepada pemain industri pelancongan,” katanya lagi.

HOCK Gin… aktifkan semula gelembung perjalanan domestik selepas PKP 3.0.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin meminta supaya Gelembung Perjalanan Domestik dapat diteruskan semula selepas PKP 3.0.

“Ini sebagai langkah untuk menarik semula pelancong ke Melaka sekiranya rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Bukan itu sahaja, program vaksinasi untuk sektor pelancongan di Melaka juga perlu diutamakan bagi membantu keselamatan pengunjung.

“Walaupun vaksin COVID-19 tidak dapat membantu 100 peratus, namun ia dapat mengawal penularan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, walaupun sektor pelancongan ditutup sepenuhnya, namun kebajikan serta gaji pekerjanya tetap dibayar.

“Walaupun pendapatan tak masuk kita tetap kena bayar 30 peratus gaji kakitangan, itu belum masuk kos operasi dan utiliti yang perlu ditanggung,” katanya.

 

MADELINE…beri keutamaan vaksin COVID-19 pada pemain industri pelancongan.

HOCK Gin… aktifkan semula gelembung perjalanan domestik selepas PKP 3.0.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

572
Kongsi :
Previous post Putrajaya bincang ‘lockdown’ esok
Next post Penafian berita palsu tular 20 MEI – KKMM
Ubah saiz-+=