DPS akan laksana projek pembangunan bernilai RM150 juta di Melaka
KUALA LUMPUR 19 Mei – DPS Resources Bhd, melalui anak syarikat milik penuh Shantawood Sdn Bhd, akan melaksanakan projek pembangunan campuran dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM150 juta di Alor Gajah, Melaka, menurut sumber portal The Edge, pada 18 Mei lepas.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pemaju hartanah dan pembuat perabot itu mengatakan Shantawood baru-baru ini menandatangani perjanjian usaha sama dengan Rembia Properties Development Sdn Bhd (RPD), yang memiliki tanah pegangan bebas seluas 10.48 hektar di mana projek itu akan ditempatkan.
RPD berhak mendapat RM19 juta dari pembangunan, yang akan dibayar selama tujuh tahun, kata DPS.
“Usahasama itu memberi peluang kepada kumpulan untuk membangun bank tanah dan memastikan pertumbuhan yang berterusan untuk DPS dalam beberapa tahun akan datang,” kata pengarah urusan kumpulan, Edward Sow Yuen Seng dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, pasaran hartanah di Melaka dijangka pulih secara beransur-ansur pada tahun ini dengan peruntukan dana dari kerajaan negeri untuk memacu aktiviti ekonomi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...