Sorting by

×

Kanak-kanak 11 tahun korban lemas ketiga di Melaka

Masa Membaca:47 Saat

AYER MOLEK 19 Mei.- Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa lemas ketiga di negeri ini selepas terjatuh di sungai dekat Jalan Tambak Paya Ayer Molek-Kampung Tiang Dua, dekat sini petang tadi.

Kejadian menyayat hati ini berlaku tidak sampai 24 jam selepas kejadian pertama meragut nyawa dua kanak-kanak yang lemas di tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling lewat petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Zainuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 3.20 petang dan serentak itu sepasukan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi.

Katanya sejurus tiba di lokasi kejadian pihaknya melakukan ‘size up’ dan mendapati kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terjatuh ke dalam sungai.

“Bomba melakukan pencarian di air sebelum menemukan mayat mangsa kira-kira jam 4.50 petang tadi,” katanya.

Berita lanjut menyusul

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

555
Kongsi :
Previous post PKRC awam pertama di Melaka dibuka di MITC
Next post Suasana hiba iringi pengekebumian dua sahabat lemas
Ubah saiz-+=