Sorting by

×

Hikmah PKPP buat surau ‘kerdil’ Melaka Perdana Resort Homes

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 3 Julai – Ada hikmah di sebalik kejadian. Mungkin itu perumpamaan tepat menggambarkan situasi sebuah surau di Melaka Perdana Resort Homes, di sini, yang buat pertama kalinya mendapat kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat.

Surau Al Barakah terpilih menjadi antara 54 surau di Melaka yang diberi kelulusan khas menunaikan solat Jumaat di Melaka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah diluluskan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Surau Al Barakah, Wan Khairuazwan Wan Jaafar berkata, pihaknya sama sekali tidak menyangka surau yang dianggap ‘kerdil’ itu dianugerahkan rezeki oleh Allah SWT untuk diimarahkan pada setiap Jumaat.

“Ini semua hikmah PKPP. Sebelum ini kita diduga dalam keadaan serba tak kena, tiba-tiba Allah SWT nak beri rezeki buat surau ini dijadikan tempat solat Jumaat.

“Apa pun, terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan semua pihak yang membantu surau sehingga surau ini mendapat kelulusan pada Rabu lalu untuk mendirikan solat Jumaat,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Khairuazwan berkata, sepanjang tempoh kelulusan itu, hanya 80 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan dengan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Alhamdulillah walaupun persediaan singkat, untuk minggu pertama ini semuanya berjalan lancar dan jemaah juga telah mengikut SOP yang ditetapkan.

“Diharap situasi ini kekal sehingga berakhirnya PKPP pada 31 Ogos depan. InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, jemaah Surau Al Barakah, Mohd Ridhwan Mohd Ali menyifatkan kebenaran itu sebagai satu suasana baharu buat semua penduduk beragama Islam di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) memanjatkan kesyukuran berikutan urusan untuk menunaikan solat Jumaat di Melaka kini semakin dipermudahkan.

“Bagi saya kelulusan untuk solat Jumaat di surau-surau di Melaka telah mempermudahkan urusan semua umat Islam di negeri ini. Maklumlah, setiap masjid mempunyai had jemaah yang ditetapkan.

Views:

501
Kongsi :
Previous post MMU dilantik jalankan penyelidikan berkaitan undang-undang antibuli siber
Next post 12 lokasi sampah haram dibersihkan
Ubah saiz-+=