
Penganggur didakwa pukul, ludah anggota RELA
LUMUT 19 Mei. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di Pasar Awam Looking Good, Kampung Koh, Sitiawan, Sabtu lalu.
Yeap Sen Sing, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.
Bapa dua anak itu didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Hong Koh Hwa, 46, seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugasan rasminya di pasar awam berkenaan pada jam 6.40 pagi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, tertuduh dipercayai berang kerana tidak dibenarkan masuk ke pasar masih belum dibuka sebelum bertindak kasar memukul dan meludah ke atas Hong yang sedang bertugas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...