
UPDATE : Kanak-kanak hilang ditemui lemas
PANTAI KUNDOR 19 Mei. – Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hilang selepas bermain di tali air bersama dua rakannya ditemui lemas sebentar tadi.
Mayat Badrol Azhan Nizam Bachik, 9, ditemui terapung oleh pasukan elit bomba iaitu Multi Skill Team (MUST) jam 9.35 pagi tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat kanak-kanak itu ditemui berdekatan mayat mangsa pertama, Muhammad Fakhrullah Rozami, 9, yang ditemui lemas oleh bapanya sendiri dalam tali air berkenaan, jam 6 petang semalam.
“Pasukan bomba melakukan pencarian semula di air sebelum pasukan MUST menemui mangsa berdekatan lokasi penemuan mayat pertama,” katanya
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...