
Tiada kompromi pihak salah guna, palsukan dokumen rentas negeri, daerah- KPN
KUALA LUMPUR 18 Mei. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalah guna dan memalsukan dokumen kebenaran rentas negeri dan daerah serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan mengambil tindakan tegas selaras peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini, PDRM mengesan segelintir masyarakat yang berbuat demikian dengan melanggar SOP semasa merentas daerah dan negeri.
“Dalam usaha melaksanakan ketetapan kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat, PDRM akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan terutamanya melibatkan rentas daerah dan negeri.
“PDRM juga akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dipohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Acryl Sani berkata orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi SOP ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....