Sorting by

×

16 keluarga ‘tumpang’ balai raya

Masa Membaca:57 Saat

DURIAN TUNGGAL 17 Mei.- Sekurang-kurangnya 16 keluarga terpaksa dipindahkan sementara di Balai Raya Bukit Balai, dekat sini, setakat jam 12 tengah hari tadi susulan banjir melanda beberapa kawasan di sini.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, setakat ini pihaknya belum membuka Pusat Pemindahan Sementara (PSP) berikutan masih memantau keadaan air dari semasa ke semasa.

ANGGOTA APM Alor Gajah melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di Bukit Tambun.

“Kita masih memantau keadaan paras air di kawasan terjejas. Jika didapati keadaan berbahaya kerana air semakin meningkat barulah PSP akan dibuka yang diputuskan oleh pegawai daerah.

“Setakat ini maklumat daripada anggota dan pegawai di lapangan memaklumkan ada mangsa banjir berpindah ke rumah keluarga dan tidak semua pergi ke balai raya berkenan,” katanya dihubungi di sini.

KHEMAH disediakan di Balai Raya Bukit Balai.

Difahamkan antara kawasan terjejas termasuk di Bukit Tambun, Bukit Balai, Padang Keladi, pekan Durian Tunggal dan Taman Seri Tuah Permai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

993
Kongsi :
Previous post Pekan Durian Tunggal banjir
Next post DMDI gesa tentera pengaman PBB ke Gaza
Ubah saiz-+=