
Rumah Media, pejabat MHI jadi ‘pulau’
AYER KEROH 17 Mei. – Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah di negeri ini ditenggelami air sehingga menjejaskan rutin harian penduduk.
Antara kawasan teruk terjejas adalah Rumah Media di MITC yang turut menjadi pejabat operasi Melaka Hari Ini (MHI) sehingga ia menjadi seperti ‘pulau’ apabila jalan masuk utama ditenggelami air sehingga paras satu meter.
Tinjauan mendapati, ia berpunca daripada limpahan air banjir dari kawasan tinggi daripada Bulatan MITC di berdekatan Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke jalan utama Rumah Media.

Keadaan mengakibatkan kawasan berkenaan tidak dapat diakses malah beberapa kenderaan yang cuba meredah banjir juga terpaksa berpatah balik.
Kawasan selain MITC, kawasan lain teruk turut terjejas adalah Taman Rambai Utama apabila dinaiki air ke paras hampir dua meter sehingga hampir menenggelamkan pagar rumah penduduk.
Turut terjejas adalah Tehel, Jasin, Bertam, Sungai Udang, Bukit Katil, Paya Rumput, Sungai Putat, Cheng dan Bukit Beruang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...