
Hotel Ames & MetraSquare dibenar beroperasi mulai esok
AYER KEROH 16 Mei – Hotel Ames dan Hotel MetraSquare akan kembali memulakan operasinya bermula esok, menurut kenyataan rasmi hotel tersebut, sebentar tadi.
Rentetan arahan penutupan sementara berkuat kuasa 8 hingga 16 Mei susulan 11 kakitangan pejabat pentadbirannya dikesan positif COVID-19 sebelum ini, pihak hotel tersebut memberitahu kedua-dua hotel tersebut telah disanitasi tiga kali sehari pada sepanjang tempoh penutupan itu.
“Sepanjang tempoh sembilan hari penutupan sementara itu, kami telah melengkapkan proses sanitasi seluruh kawasan hotel kami dan melakukannya minimum tiga kali sehari.
“Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami di AMES Hotel dan Hotel Metrasquare di mana kebenaran bagi memulakan operasi kedua-dua hotel telah diluluskan bermula pada 17 Mei 2021 (esok).
“Malah, kesemua staf kami telah menjalani ‘swab test’ dan syukur kesemua mereka capai keputusan negatif, manakala 11 staf kami yang positif COVID-19 sebelum ini, kini dilaporkan semakin pulih, dan telah menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ZIARAH KASIH KEMBARA KAK SOM PADA WRUR DUN LENDU DAN SUNGAI UDANG
PENGKALAN BATU 14 April - Menyantuni dan mendengar permasalahan komuniti setempat terus diberikan penekanan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan...
ATUR PERTEMUAN SELESAI KEMELUT PR1MA KLEBANG 2
KLEBANG 14 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong akan mencari jalan penyelesaian terbaik...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG SERIKAN RUMAH TERBUKA WARNA-WARNI AIDILFITRI DUN PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 14 April - Lebih 5,000 pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Kompleks...
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNG BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...