Bapa EXCO Pelancongan Melaka meninggal dunia

Masa Membaca:31 Saat

KOTA LAKSAMANA 15 Mei – Bapa kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Khamis Sabtu kembali ke rahmatullah petang tadi.

Perkara itu turut dimaklumkan menerusi hantaran Facebook rasmi milik Muhammad Jailani sebentar tadi.

Allahyarham Khamis menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Pakar Putra Melaka di sini kira-kira jam 5.30 petang akibat kanser darah.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan di Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Sungai Putat malam ini selepas solat Isyak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1794
Kongsi :
Previous post Malaysia kutuk serangan zalim Israel ke atas Palestin – Muhyiddin
Next post Kawal ketat lapan ‘jalan tikus’ di Kampung Lubuk Redan
Ubah saiz-+=