Atlet memanah, Haziq Kamaruddin selamat dikebumikan
JASIN 15 Mei – Jenazah atlet memanah negara Haziq Kamaruddin, 27, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi ini.
Jenazah yang dibawa dari Hospital Kajang tiba di lokasi pengebumian sekitar 12.45 tengah malam dan disolatkan di Surau Al-Taqwa di kampung tersebut dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Antara yang turut mengiringi jenazah adalah isteri Allahyarham Shahira Abdul Halim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik jenazah dimasukkan ke liang kira-kira 1 pagi.
Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.
Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.
Pemanah berasal dari Johor itu pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 serta Rio 2016 di Brazil dan kini sedang mengejar slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JOM DATANG ‘MACHAP WALK’ SETIAP HUJUNG MINGGU
ALOR GAJAH 25 November - Machap Walk kembali beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad bagi memberi peluang kepada orang ramai...
PROJEK INOVASI MPJ MUDAHKAN OKU, KERJA TURAPAN JALAN
JASIN 25 November - Dua produk inovasi iaitu 'Stair Ramp Blend' (SRB 24) dan 'Accumix Scales' dihasilkan Majlis Perbandaran Jasin...
PERMOHONAN ANJUR BAZAR RAMADAN DITUTUP 15 DISEMBER DEPAN
PAYA RUMPUT 24 November - Permohonan menganjurkan bazar Ramadan tahun 2025 di kesemua empat Pihak Berkuasa tempatan (PBT) akan ditutup...
KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERAS KETEGUHAN KERAJAAN PERPADUAN DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 November - Kepercayaan dan keyakinan rakyat menjadi teras utama Kerajaan Perpaduan bertahan di Melaka selama dua tahun....
KOLAM TAKUNGAN AIR DI BUKIT RAMBAI BAKAL DIBINA, ATASI BANJIR 25 TAHUN
PAYA RUMPUT 24 November - Sebuah kolam takungan air dicadangkan dibina di Bukit Rambai, sebagai usaha jangka masa pendek mengatasi...
KPKM SEDANG SUSUN JAWATANKUASA KHAS TANGANI KEKURANGAN BERAS PUTIH TEMPATAN
SHAH ALAM 24 November - Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan...