
Kertas siasatan Neelofa dan suami dihantar ke Pejabat Peguam Negara
SEREMBAN 11 Mei. – Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail, berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ke Pejabat Peguam Negara pagi tadi untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan itu dihantar selepas pihak polis selesai melengkapkan siasatan kes berkenaan.
“Kertas siasatan sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Spekulasi berkaitan pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial, apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei dan keterangan mereka telah diambil selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai dua hari selepas itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...