Sorting by

×

KPDNHEP Melaka pantau harga daging, ayam, kelapa

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 10 Mei. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sesuka hati.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata, pihaknya akan menggadakan pemantauan terhadap barangan yang mendapat permintaan tinggi menjelang Aidilfitri pada 13 Mei ini, seperti ayam, daging lembu dan kelapa untuk mengelakkan berlaku sebarang kenaikan harga.

“Kebiasaannya barangan seperti ayam, daging lembu dan kelapa akan mengalami kenaikan, bagaimanapun dengan SHMMP Aidilfitri sehingga 20 Mei depan, kita mengjangkakan tiada kenaikan harga akan berlaku.

“Begitupun, jika ada peniaga yang didapati menaikkan harga barangan kawalan melebihi daripada apa yang ditetapkan, pihak KPDNHEP akan mengambil tindakan segera untuk mengelakkan pengguna berasa tertipu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Norena berkata, sepanjang musim perayaan ini, pihaknya sudah memeriksa 704 premis selain menggerakkan 69 anggota penguat kuasa untuk memantauan di beberapa lokasi tumpuan ramai.

Daripada pemeriksaan itu ujarnya, sebanyak enam kompaun berjumlah RM600 dikeluarkan membabitkan kesalahan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal bersempena Aidilfitri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

628
Kongsi :
Previous post Program televisyen: Ketua Polis KL nafi tidak pakai pelitup muka
Next post ‘Belanja hampir RM1,000 tapi tak dapat raya’
Ubah saiz-+=