Sorting by

×

Kluster Hotel Ames: Sebab tak tutup premis awal, kes hanya libatkan kakitangan pengurusan

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

AYER KEROH 9 Mei. – Penutupan dua hotel di sini tidak dilaksanakan lebih awal berikutan kes positif COVID-19 di premis itu hanya melibatkan kakitangan pengurusan dan bukannya sajian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman menegaskan arahan penutupan itu dibuat selepas penilaian dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkaitan penularan wabak di kedua-dua hotel itu yang mencetuskan kes Kluster Jalan PKAK itu apabila 10 kakitangannya berusia lingkungan 20-an hingga 40-an disahkan positif.

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman

“Tidak semestinya premis itu perlu ditutup terus jika ada kes positif COVID-19 kerana ia bergantung kepada penilaian PKD.

“Kompaun juga tidak dikenakan kepada hotel terbabit kerana tindakan penutupan premis di bawah akta sepatutnya telah diambil,” katanya kepada MHI.

Katanya, sehingga semalam terdapat pertambahan satu kes membabitkan kluster itu menjadikan sebanyak 11 kes positif.

“Seramai 243 kontak rapat telah disaring dan 96 kontak rapat sedang menunggu keputusan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rahmad menasihatkan semua premis yang dikunjungi orang ramai mewajibkan pelanggan mendaftar MySejahtera bagi tujuan pengesanan sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Kerja-kerja sanitasi bangunan bagi membasmi wabak Covid-19 dijalankan ketika tinjauan di Hotel Ames, Ayer Keroh. Foto: MR. Azli

“Pemilik premis perlu pastikan jika ada pekerja bergejala demam dan sebagainya tidak dibenarkan hadir kerja sama sekali.

“Mereka (pemilik premis) perlu lebih bertanggungjawab jika ada kes dalam kalangan staf dengan menutup sendiri premis tanpa menunggu penilaian dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Untuk rekod kedua-dua hotel berkenaan telahpun diarahkan tutup semalam bermula jam 5 petang sehingga 16 Mei ini.

Penutupan premis itu bagi menjalankan kerja-kerja membasmi kuman, serangga, tikus dengan sempurna atau mengambil langkah-langkah mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1496
Kongsi :
Previous post Cuaca diramal mendung, hujan pada hari raya Aidilfitri
Next post AEON Bandaraya Lengang
Ubah saiz-+=