
Pemandu lori, kelindan ditahan dipercayai seludup mercun, bunga api
JERTIH 7 Mei. – Seorang pemandu lori dan kelindannya ditahan semalam selepas dipercayai menyeludup masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM80,000 dari negara jiran untuk dijual bersempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pemandu berumur 40 tahun dan kelindannya yang merupakan pelajar tingkatan lima itu ditahan bersama lori berkenaan di tepi Jalan Kampung Jebak Puyuh di sini pada 3.45 petang hasil maklumat awam.
“Kedua-dua mereka masuk melalui Kelantan dan dipercayai mengambil upah membawa bahan larangan itu ke sini (Jertih).
“Kesemua 20 jenis mercun dan bunga api itu ditemukan di bahagian belakang lori yang ditutup dengan kanvas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Abdul Rozak berkata siasatan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Mereka kini direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...