
Polis Putrajaya tahan wanita disyaki buat hantaran berunsur ugutan
PUTRAJAYA 7 Mei. – Polis menahan seorang wanita yang disyaki memuat naik hantaran mengandungi perkataan kesat dan berunsur ugutan terhadap pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya, menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditahan malam tadi susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Diana Mat’.

Siasatan awal mendapati beberapa tangkap layar hantaran menerusi akaun itu yang mengandungi kata-kata kesat dan berunsur ugutan terhadap polis, tular melalui media sosial, katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Fadzil berkata kes disiasat menurut Seksyen 507 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...